CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, December 15, 2009

Tahun Baru 2010

assalamualkum ..lama betul lah x update blog ni..rasa rindu pulak .bukanya x der masa tapi x der modal nak cerita..lagi2 x der gambar nak letak..banyak resepi terbaru nak kongsi..tapi camera x der ..x der pulak gambar masakan tu kan..nnati orang tanya mana gambarnya..itu yang dah lama x update blog..aktiviti2 pun sama gak..last sabtu , 12.12.09 sambut birthday anak aku yang sulung ..dah masuk 4 thn dah ..dah besar dah permata hati ku..rasa gembira sgt..bersyukur ke hadrat ilahi aku mempunya 3 hero dalam kehidupaan aku ni ..tersaa bahagia sgt..kadang2 anak aku haiqal ada tanay " mama bile nak dapat adik girl" semua kat dalam umah ni boy ....????/hehhe nak jawab macamna entah..tapi aku still jawab lah "kalau mama mengandung lagi haiqal kena doakan supaya dapat adik girl lah ..nanti mama ada teman ..ni semua kawan ngan abah jer" .oklah stoplah pasal ank pompuan kan ..kite berbalik kepada aktiviti buat birthday haiqal tu yer..mula2 tu ingat x mau buat dah birthday dia..kalau buat pun just tiup lilin ngan family jer..tapi haiqal nak panggil orang datang umah ..permintaan anak2 kan ..terpaksa tunai kan gak..memnag seronoklah pada hari jadi dia tu..nak tergelaknya masa lepas tiup lilin tu siap gosok mata..so kiteorg tanya "haiqal nangis ke"..hehhe terharu barangkali kan ..dah lama asyik tanya bile nak sambut birthday dia..
oklah beberapa hari lagi nak masuk tahun baru 2010..apa azam korang semua..aku entahlah azam yang thn 2009 pun x tercapai ..kena bawak dari thun 2009 ke 2010..insyallah nak buat betul2 kan ..hehhehe..azam tu x boleh lah cakap ngan korang semua..nanti x capai lagi..malu lah ..so akhir kata dari aku kan .." SELAMAT THN BARU 2010 '


Share/Bookmark

Tuesday, August 25, 2009

Selamat Berpuasa

Sudah lama x update blog ni..nak kata bz x jugak..baru balik dari mc 3 minggu sebab keguguran anak ke3..kandungan masa tu baru jer 3 bulan.pergi scan doktor kata x der janin dalam karung terkejut lah aku..doktor kata baby dalam tu x membesar ..sedih gak lah bile doktor bagitau perkara tu..tapi kena redha jerlah ..ketentuan dariNYA.selepas balik dari cuti ni rasa cam malas sgt nak kerja almkalumlah dah 3 minggu mc..alhamdullilah sekarang dah betul2 sihat dah boleh jalani ibadat puasa. BUlan puasa ni tengah sibuk ambik tempahan biskut ..antara biskut yanag aku buat ialah almond london, sante finger, bluebery tart n tart nenas ..baru nak mulakan perniagaan.sebelum ni x pernah cuba buat kuih dalam bulan puasa.alhamdullilah sambutan menggalakan jugak..org baru nak merangkak buat busines. ...cari duit lebih untuk hari raya nanti..nanti akan aku letak gambar2 biskut2 yang aku hasilkan.kepada sesiapa yang berminat nak menerai test biskut aku jgn lupa contact aku..hehheheh


Share/Bookmark

Thursday, July 2, 2009

Kelas kek





Gambar ni diamabil masa lia pergi belajar kek ngan maklang azie.kek yang diajar olehnya ialah moist coklat kek..so resepi dia kat bawah ..layan jer...

MOIST CHOC. CAKE

BHN A -

diayak2 cwn tepung gandum

1 cwn serbuk koko1st bpowder

1st soda bicarbonate4

biji telur

2 cwn gula halus

1 cwn susu pekat1 cwn

minyak1½ cwn air panas mendidih

Cara

Pukul gula + telur = kembang (high speed)

Masukkan susu pekat

Masukkan minyak

low speedMasukkan bhn A sedikit demi sedikit

Masukkan air panas dlm adunan tadi (part ni tak perlu pukul just ratakan ngan senduk kayu)Bakar 40-45’


Share/Bookmark

Makan-makan hujung minggu -Masakan Ala Kampung

Hidangan ni lia buat masa makan2 last week kat umah ...jemput kawan2 terdekat ..antara menu pada hari tu ialah kerabu perut, masak lemak cili padi siput, sup tulang , sambal belacan, ikan selayang goreng , ulam-ulaman...


Resepi : Masak Lemak cili padi siput

Bahan2.
1. 1 kg siput sedut (telah dibuang kat bahagian belakan )
2. 6 ulas bawang merah - diblend
3. 3 ulas bawang putih - diblend
4. seinci kunyit hidup - di blend
5. 2 batang serai di ketuk
6. i biji kelapa. dia mabil santannya
7. Satu helai daun kunyit / pucuk kaduk
8. 2 keping asam
8. garam dan gula secukup rasa

cara membuatnya :

1. masukkan bahan2 yang diblend tadi kedalam santan .tunggu sampai santan mendidih masukkan siput + asam keping + serai yang telah diketuk.
2. masukkan garam dan gula secukip rasa, then masukkan daun tadi yang letah di mayang halus.

Bahan -bahan

A:-

Blend 300gm daun pandan

140ml air

B:-420ml air

100gm gula

10gm serbuk agar2

C:-170ml

Cara-cara membuatnya :

Campurkan A n B dlm periuk n masak, didihkan. tutup api, masukkan C n kacau sebati. masukkan kedalam acuan atau mangkuk2 kecil.

Resepi : Kerabu perut

Bahan :

1. setengah kilo perut lembu

2. 2 biji tomato di potong dadu

3. kacang panjang ikut suka nak letak banayk mana yer

4. 2 biji limau nipis dia mabil airnya

5. Satu batang serai dihiris

6. sedikit daun kesum diptong halus.

7. cili merah

8. garam scukup rasa

Cara-cara membuatnya :

1. rebus perut lembu sampai empuk then hiris.

2. masukkan kat dlm mangkuk besar .

3. masukkan kesemua barang yang dipotong kedlm mankuk berisi perut .

4. perah limau nipis + garamse cukup rasa.

5. siap untuk dihidangkan ..







Share/Bookmark

Sunday, May 31, 2009

Nasi Ayam


Share/Bookmark

Thursday, May 21, 2009

Cucur ikan bilis

Resepi :
1. 3 cawan tepung gandum
2. 1 cawan ikan bilis
3. taugeh
4. kangkung
5. daun bawang
6. cili merah
7. soda
8. bawang besar
9. sedikit air
10. sedikit garam

cara-cara membuatnya :
masukkan kesemua bahan2 diatas tadi then gaul macam nak buat cekodok tu ..biarkan selama 1/2 jam baru lah goreng yer..selamat mencuba

Bahan-bahan untuk kuah :
10 biji bawang putih
10 tangkai cili kering
sos tomato
sos cili
cuka
garam gula

cara-cara membuatnya :
kesemua bahan tadi di blend dan di masukkan kedlm air ..tunggu sampai mendidih masukkan tepung jagung sedikit untuk memekatkan kuah..


Share/Bookmark

Ayam goreng bermadu berempah



Resepi :

1. 1 ekor ayam

2. 10 ulas bawang merah * diblend

3. 5 ulas bawang putih *diblend

4. 3 inci halia *diblend

5. 2 batang serai * diblend

6. 1sdb jintan manis * diblend

7. 1sdb jintan putih * diblend

8. kunyit hidup *diblend

9. sedikit cili boh * diblend

10. madu
11. garam
Cara-cara membuatnya
1. perap ayam dengan semua bahan tadi at least 2 jam
2. panas kan kuali goreng ayam ..
2.



Share/Bookmark

Bubur Jagung

Resepi :
1. Jagung
2. Sagu
3. santan
4. gula merah
5. gula
6. Daun pandan

Cara-cara mmebuatnya
jagung direbus apabila sudap empuk buang air then masukkan santan sagu, then masukkan gula merah , gula dan daun pandan .


Share/Bookmark

Kangkung goreng belacan

Resepi :
Kankung
bawang merah , putih dan cili hidup ditumbuk
sedikit belacan
sos tiram
kicap
Cara-cara membuatnya:
tumis bawang merah , putih dan cili hidup yang telah ditumbuk
then masukkan belacan, sos tiram , kicap
masukkan kangkung .


Share/Bookmark

Sambal Udang Petai

Resepi : Sambal Udang Petai
20 tangkai cili kering -diblend
5 ulas bawang merah - di blend
3 ulas bawang putih- diblend
satu inci halia-diblend
sekeping asam keping
satu batang serai
petai
udang
Cara-cara membuatnya :
1. Tumis bahan2 yang diblend
2. bile dah keluar minyak masukkan asam keping dan serai yang telah diketuk then masuk udang then masuk lah gula & garam
3. tunggu sehingga udang masak baru masuk petai .(jgn terlau lama nanti petai tu lembik yer)
4. dah siap ..






Share/Bookmark

Sunday, May 17, 2009

Mother's Day Card From Haiqal

ini adalah kad hari ibu dari anak aku yang sulong ..seronok rasanya dapat kad dari anak..w'pun teacher dia yang buat kan untuk diberi kepada ibu masing2..tapi aku gembira..sebab masa dia bagi kad tu dia ucapkan selamat hari ibu..terharu lah betul....thanks haiqal...




Share/Bookmark

Tuesday, May 12, 2009

Happy Mothers Day


Selamat Hari ibu kepada ibu-ibu di malaysia especialy kepada ibu ku kat kg , ibu mertua ku , aku sendiri..hehhe..kawan2 yang sudah menjadi ibu ..baik yang lama jadi ibu atau pun tahun ni pertama kali mennyambut hari ibu..happy mothers day to you all...love u very much ..mmmuahh...tahun 2009 ni ialah kali ke 4 aku menjadi ibu ..suka duka menjadi ibu baru kutahu selama ni mak susah payah membesar kan aku dan adik2..yang telah ketiadaan bapa..sungguh tabah ibu ku membesar kan aku..terima kasih mak..mak yang aku sayang kat atas muka bumi ni..

Yang Paling gembira tahun ni aku dapat kad from my son , Haiqal buat utk aku ..tq very much my darling ..tapi x sempat nak scan kad tu ..x lupa gak my husband pagi2 lagi dah wish hari ibu....:)...




Share/Bookmark

Monday, May 11, 2009

Lagi Gambar Birthday Rayyan









Share/Bookmark

Sunday, May 10, 2009

Birthday Rayyan

Last saturday buat birthday anak lia yang ke 2 pastu sambut sekali birthday lia n suami ..kirenya kiterorg 3 beranak yang sambut ..tapi yang paling utama my son lah ..hehhehhe.mama n abah dia tumpang jer sikit ..hehheheh ...memang seronok tapi kan penat giler lah..masak sorang2...tapi puas hatilah ramai gak yang datang ..rayyan pun nampak gembira w'pun baru berumur setahun.. terima kasih banyak2 orang yang datang ke party hari jadi umah lia tu..mmmmuuah
antara menu pada hari tu ialah :
- Nasi dagang
- Bakso
- Bulerry cheese tart
- Strawberry cheese tart
- Puding cocktail
- cupcakes moist chocolate
- Kek Orange
- Air sirap selasih

lia buat dari kul 3 samapi lah ke mlm ..makanan semua habis..seronok sgt lah ..ada gak yang x sempat nak makan nasi dagang ..x per next time nanti lia buat lagi yer nasi dagang ..nasi dagang ni antara makan favourite tetamu yang datang ..tq very much kerana suka apa yang lia masak ..resepi tu nanti lia bagi lain kali yer ..x sempat nak ambik gambar untuk nasi dagang jer hari tu ..bz giler..nasib baiklah leh gak lah layan tetamu yang datang ...







Rayyan dengan hadiah birthday dia
my friends with anak2 masing ..mama vogue gitu ..alah raiyan c'tie x dop..tido..
mama vogue lagi ni..hehhehe
happy nya kawan2 aku ni ..thanks for coming ..
Juadah masa majlis tu : Bakso , Gulai ikan tongkol , telur rebus, gulai ayam
antara juadah lagi : mist cupcakes, orange cake, puding cocktail , carrot walnut cake,


Ni masa rayyan tengah potong kek .." Happy Birthday to Rayyan "


Share/Bookmark

Sunday, May 3, 2009

Cartoon Cake


Kek span topping fresh cream.deco menggunakan piping jel ..

Dah 2 minggu x update blog..bukan bz pun sajer malas..malas benar semenjak dua menjak ni..ok jom cite yer...last weekend lepas lia pergi kelas kat bake with yen ...belajar dengan Mr.Hau .Transfer choclate cartoon.So itu lah hasilnya..keras benar tangan ku ni .alah belajar nak melukis ..hehheheh...so nanti akan ku practise kan lagi sampai cantik yer...hehehhe


Share/Bookmark

Wednesday, April 29, 2009

Blueberry Cheese Tart


Share/Bookmark

Thursday, April 16, 2009

Mee Kari


Bahan-bahan

180gram mi kuning

3 ketul ayam yang telah direbus

5 ulas bawang merah (dikisar)

4 ulas bawang putih (dikisar)

1 inci halia (dikisar)

2 sudu serbuk kari

5-8 helai daun kari

kerang (ikut suka nak letak banyak mana yer )

fish ball

bahan-bahan hiasan

telur rabus

fish kek

taugeh di celur

kacang panjang direbus

limau kasturi

Cara membuat

Celur mee kuning dan tos airnya.Tumis bahan yang dikisar, daun kari, serbuk kari, Kemudian, masukkan santan,masukkan kerang dan fish ball dan garam n gula tunggu sehingga kuah masak. Masukkan mee yang telah dicelur dan ayan ke dalam mangkuk. Tuang kuah kari dan hias dengan sedikit sayur-sayuran dan bawang goreng.


Share/Bookmark

Wednesday, April 15, 2009

Cupcakes




Share/Bookmark

Tuesday, April 14, 2009

Tempahan Kek


Jenis kek : Banana chocolate cake with ganache
Jenis kek : moist chocolate kek with vanilla butter cream

alhamdullilah semlm lia telah menyiap kan 2 tempahan kek.satu ditempah oleh officemate untuk birthday anak dia lia buat ben10 untuk anak dia..dan satu lagi kek untuk adik.dia nak bagi kat housemate nya..lia buatkan banana chocolate kek.pada mulanya takut gak nak buat kek ni..yer lah lia baru jer nak menimba ilmu .ilmu belum cukup..tapi gagah kan jugaklah nak buat kek tu ..tapi syukur lah menjadi ..sememeh sikitlah.... hehhehehe..nasib baiklah ada adik n suami tlg aku..kalau x susah gak ngan anak kecik lagi ....tq for your help guys...


Share/Bookmark

Monday, April 13, 2009

Pandan Layer Cake


resepi ni lia ambik dari pn.noraini punya blog..so lia copy n paste jer dari dia punya resepi .

Bahan-bahan :1 biji kek span pandan bersaiz 9 inci

Bahan Kastad:1000 gm air

125 gm gula

5 helai daun pandan,disimpulkan

110 gm susu cair Carnation/Ideal2 gm mentega (sedikit saja)

1 1/2 sudu teh jeli segera (instant jelly)

85 gm tepung Hoen Kwee (hijau)

50 gm santan serbuk (segera)

Cara Membuatnya :1. Kek span dihiris 3 lapisan. Ketepikan.

2. Satukan semua bahan diatas ke dalam sebuah periuk.

3. Kacau diatas api sederhana hingga pekat dan mendidih. Angkat.

4. Sediakan tin springform atau loose tin bersaiz 9 inci.

5. Masuk lapisan kek pertama.Ia perlu kecil sedikit dari tin.Jika besar potong tepinya.

6. Ambil satu cawan kastad dan tuangkan diatas dan kelilingnya. Ratakan.

7. Buat lapisan kedua dan ketiga.Habiskan kastad. Biarkan sejuk baru masuk petiais.

8. Sejukkan kek 5 jam dalam peti ais sebelum dipotong.

9. Hiaskan mengikut citarasa anda.

Tips:1. Mentega bertujuan untuk kilatkan kastad.

2. Pandan boleh diblend dengan sedikit air.

3. Boleh guna santan segar (250 gm santan, air jadi 800 gm)

4. Tin springform boleh dibuka di tepi.Loose tin boleh dibuka dari bawah.Perlu guna tin jenis ini supaya kek mudah dikeluarkan.

5. Kek perlu disejukkan pada suhu bilik sebelum masuk petiais.


Share/Bookmark

Thursday, April 9, 2009

Bakso oh Bakso

Semlm lepas ambik rayyan kat umah pengasuh , pengasuh dia bagi aku satu tu
pware meat ball..hari tu baru aku tanya macamna nak buat bakso ..so dia bagi lah resepi kat aku..maybe dia ingat aku suka makan bakso barangkali..dia bagi kat aku meat ball..pagi tu masa hantar rayyan aku bagi kat dia moist coklat cake..kirenya berbalas-balas lah ni..hehhhehe.lepas ambik jer rayan aku dan suami terus pergi ke giant..beli barang untuk buat bbq.kawan suami aku lah request nak bbq kambing ...x ambik untung pun ..just tlg jer...balik dari giant badan pun terasa letih..ingat x mau masak ..nak beli jer ..tapi suami aku kata nak makan bakso pulak..teringat lah mak ngasuh rayyan baru jer bagi meat ball kat aku..so balik jer ..kemas apa2 yang patut ..aku siap sedia utk masak bakso..alah tgk dlm peti ais x der pulak daging nak buat kuah bakso tu..hari tu aku ada lah beli kambing kat tesco so aku potong sikit kambing tu pastu aku terus rebus buat sup ..yummymy sedap gak yer..bile dapat air dari kambing tu..hehhe...sini aku tempek kan resepi bakso yang dikongsi oleh mak ngasuh rayyan ...resepi tu aku x tahu sukatan banyak mana..tapi korang pandai2 lah yer adjust sendiri...layan jer...

Resepi Bakso :

Kuah
1. Bawang merah - blend
2. bawang putih - blend
3. halia- blend
4. lada putih - blend
5. tulang /lemak daging ( kalau x der hentam jerlah daging biasa pun boleh nak buat kuah jer)
6. meat ball

Cili
1. cili
2. minyak sikit untuk menggoreng cili tadi
3. garam

Bahan2 untuk hiasan lah
1. daun bawang di hiris
2. bawang goreng
3. kubis di racik halus2
4. tomato sos
5. kicap


Cara-cara membuatnya:
1. Rebus tulang / daging .pastu air rebusan pertama buang pastu rebus lagi sampai empuk
2. then , masuk bahan2 yang di blend.pastu masuklah garam secukup rasa pastu masuk meat ball.Bile dah letak meat ball jgn lama lah ..tgk meat ball tu dah naik then angkat meat ball tu asing dari kuah takut meat ball tu hancur pulak ..
3. dah jadi dah kuah dia
4. untuk sambal cili dia pulak goreng sikit cili tu ..guna minyak sikit jer..tgk dah layu angkat pastu blend cili tadi ..kalau nak blend kering pun boleh nak blend letak air pun boleh gak..pastu masukkan garam .nak tumbuk pun boleh gak..ikut suka hati lah yer..pastu liaperah limau nipis sikit..resepi asal x letak..sajer jer nak bagi masam sikit kan..jgnlah letak banyak..sekadar rasa jer yer..
5. then , bile nak makan letaklah tomato sos sikit , kicap sikit, tabur bawang goreng , kubis, daun bawang ...sedap..


Share/Bookmark