CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, April 29, 2009

Blueberry Cheese Tart


Share/Bookmark

Thursday, April 16, 2009

Mee Kari


Bahan-bahan

180gram mi kuning

3 ketul ayam yang telah direbus

5 ulas bawang merah (dikisar)

4 ulas bawang putih (dikisar)

1 inci halia (dikisar)

2 sudu serbuk kari

5-8 helai daun kari

kerang (ikut suka nak letak banyak mana yer )

fish ball

bahan-bahan hiasan

telur rabus

fish kek

taugeh di celur

kacang panjang direbus

limau kasturi

Cara membuat

Celur mee kuning dan tos airnya.Tumis bahan yang dikisar, daun kari, serbuk kari, Kemudian, masukkan santan,masukkan kerang dan fish ball dan garam n gula tunggu sehingga kuah masak. Masukkan mee yang telah dicelur dan ayan ke dalam mangkuk. Tuang kuah kari dan hias dengan sedikit sayur-sayuran dan bawang goreng.


Share/Bookmark

Wednesday, April 15, 2009

Cupcakes




Share/Bookmark

Tuesday, April 14, 2009

Tempahan Kek


Jenis kek : Banana chocolate cake with ganache
Jenis kek : moist chocolate kek with vanilla butter cream

alhamdullilah semlm lia telah menyiap kan 2 tempahan kek.satu ditempah oleh officemate untuk birthday anak dia lia buat ben10 untuk anak dia..dan satu lagi kek untuk adik.dia nak bagi kat housemate nya..lia buatkan banana chocolate kek.pada mulanya takut gak nak buat kek ni..yer lah lia baru jer nak menimba ilmu .ilmu belum cukup..tapi gagah kan jugaklah nak buat kek tu ..tapi syukur lah menjadi ..sememeh sikitlah.... hehhehehe..nasib baiklah ada adik n suami tlg aku..kalau x susah gak ngan anak kecik lagi ....tq for your help guys...


Share/Bookmark

Monday, April 13, 2009

Pandan Layer Cake


resepi ni lia ambik dari pn.noraini punya blog..so lia copy n paste jer dari dia punya resepi .

Bahan-bahan :1 biji kek span pandan bersaiz 9 inci

Bahan Kastad:1000 gm air

125 gm gula

5 helai daun pandan,disimpulkan

110 gm susu cair Carnation/Ideal2 gm mentega (sedikit saja)

1 1/2 sudu teh jeli segera (instant jelly)

85 gm tepung Hoen Kwee (hijau)

50 gm santan serbuk (segera)

Cara Membuatnya :1. Kek span dihiris 3 lapisan. Ketepikan.

2. Satukan semua bahan diatas ke dalam sebuah periuk.

3. Kacau diatas api sederhana hingga pekat dan mendidih. Angkat.

4. Sediakan tin springform atau loose tin bersaiz 9 inci.

5. Masuk lapisan kek pertama.Ia perlu kecil sedikit dari tin.Jika besar potong tepinya.

6. Ambil satu cawan kastad dan tuangkan diatas dan kelilingnya. Ratakan.

7. Buat lapisan kedua dan ketiga.Habiskan kastad. Biarkan sejuk baru masuk petiais.

8. Sejukkan kek 5 jam dalam peti ais sebelum dipotong.

9. Hiaskan mengikut citarasa anda.

Tips:1. Mentega bertujuan untuk kilatkan kastad.

2. Pandan boleh diblend dengan sedikit air.

3. Boleh guna santan segar (250 gm santan, air jadi 800 gm)

4. Tin springform boleh dibuka di tepi.Loose tin boleh dibuka dari bawah.Perlu guna tin jenis ini supaya kek mudah dikeluarkan.

5. Kek perlu disejukkan pada suhu bilik sebelum masuk petiais.


Share/Bookmark

Thursday, April 9, 2009

Bakso oh Bakso

Semlm lepas ambik rayyan kat umah pengasuh , pengasuh dia bagi aku satu tu
pware meat ball..hari tu baru aku tanya macamna nak buat bakso ..so dia bagi lah resepi kat aku..maybe dia ingat aku suka makan bakso barangkali..dia bagi kat aku meat ball..pagi tu masa hantar rayyan aku bagi kat dia moist coklat cake..kirenya berbalas-balas lah ni..hehhhehe.lepas ambik jer rayan aku dan suami terus pergi ke giant..beli barang untuk buat bbq.kawan suami aku lah request nak bbq kambing ...x ambik untung pun ..just tlg jer...balik dari giant badan pun terasa letih..ingat x mau masak ..nak beli jer ..tapi suami aku kata nak makan bakso pulak..teringat lah mak ngasuh rayyan baru jer bagi meat ball kat aku..so balik jer ..kemas apa2 yang patut ..aku siap sedia utk masak bakso..alah tgk dlm peti ais x der pulak daging nak buat kuah bakso tu..hari tu aku ada lah beli kambing kat tesco so aku potong sikit kambing tu pastu aku terus rebus buat sup ..yummymy sedap gak yer..bile dapat air dari kambing tu..hehhe...sini aku tempek kan resepi bakso yang dikongsi oleh mak ngasuh rayyan ...resepi tu aku x tahu sukatan banyak mana..tapi korang pandai2 lah yer adjust sendiri...layan jer...

Resepi Bakso :

Kuah
1. Bawang merah - blend
2. bawang putih - blend
3. halia- blend
4. lada putih - blend
5. tulang /lemak daging ( kalau x der hentam jerlah daging biasa pun boleh nak buat kuah jer)
6. meat ball

Cili
1. cili
2. minyak sikit untuk menggoreng cili tadi
3. garam

Bahan2 untuk hiasan lah
1. daun bawang di hiris
2. bawang goreng
3. kubis di racik halus2
4. tomato sos
5. kicap


Cara-cara membuatnya:
1. Rebus tulang / daging .pastu air rebusan pertama buang pastu rebus lagi sampai empuk
2. then , masuk bahan2 yang di blend.pastu masuklah garam secukup rasa pastu masuk meat ball.Bile dah letak meat ball jgn lama lah ..tgk meat ball tu dah naik then angkat meat ball tu asing dari kuah takut meat ball tu hancur pulak ..
3. dah jadi dah kuah dia
4. untuk sambal cili dia pulak goreng sikit cili tu ..guna minyak sikit jer..tgk dah layu angkat pastu blend cili tadi ..kalau nak blend kering pun boleh nak blend letak air pun boleh gak..pastu masukkan garam .nak tumbuk pun boleh gak..ikut suka hati lah yer..pastu liaperah limau nipis sikit..resepi asal x letak..sajer jer nak bagi masam sikit kan..jgnlah letak banyak..sekadar rasa jer yer..
5. then , bile nak makan letaklah tomato sos sikit , kicap sikit, tabur bawang goreng , kubis, daun bawang ...sedap..


Share/Bookmark

Monday, April 6, 2009

Aktiviti hujung minggu

hari jumaat 3/04/09 memang sangat2 letih..balik jer dari kerje pergi ambik keropok yanag aku kirim kat ct pastu aku, c'la n ct pergi uptown bersama ...kiteorg bukan membeli pun just cuci mata..memang memenatkan...masa tu pukul 1 pagi mata haiqal n rayyan masih segar bugar lagi..memnag sapport betul lah mama n abah dia nak berjalan...hehhehe..anak c'la izz pun sama gak mata segar bugar.....suami aku banyak beli barang utk haiqal jer..pantang tgk benda dia suka dia nak..so mlm tu dapat lah cermin mata dan jam..bukan main suka dia..kesihan kat rayyan tgk jer abg dapat barang..barang kat situ macam x sesuai jer untuk anakku yang kecik ni..
Keesjkkan harinya bangun pagi ..kemas rumah dan buat cupcakes..rumah dah macam tokang pecah..huhuhuh..penat sungguh ..habis setengah hari kemas umah..tu pun x siap lagi kemas n cupcake spun belum di hias lagi.cupcakes tu nak pagi kat faiz sepupu suami ..saje je nak hadiah kan kat dia...lepa zohor kiteorg bergegas pulak nak keluar ..pergi makan pastu nak ke kajang pulak ..dlm perkalan ke kajang oranag seng heng telepon peti sejuk dah sampai..nasib baiklah matmin ada kat umah leh lah dia sign.ganti peti ais baru..peti ais lama yang kawan ku bagi tu dah rosak..memnag dah lama teringin nak beli peti ais lama..ingat yang lama tu nak bagi nenek kat kg..sebab masih elok..x sangka lah pulak jangka hayat dia nak tamat...so beli lah peti ais 2 pintu jenama sharp..ok kite sambung lagi pasal pergi ke kajang ..actualy aku ke sana sebab nak jahit baju raya..hehhehe..padahal raya lambat lagi..alah preparation awal ..hehhedalam pukul 9 mlm camtu kiteorg bertolak balik ke umah ...sampai jer bergegas sambung kerja yang tertangguh kat umah tadi..menghias cupcakes...so kietorg tido dalam kul 2 pagi..mata pun dah ngantuk kan..
keesokkan pagi 5/04/09..bangun awal2 kemas sikit umah then bergagas nak kelas kek maklang azie..aku belajar bua moist choclate kek.. memnag sedap kek mak lang ..tq mak lang kerana sudi ajar lia..balik dari umah maklang aku pergi ke rumah faiz utk sambut birthday dia..cupcakes dah ready ..pastu aku hadiah kan lagi kek yamg aku buat kat umah maklang tu utk faiz....dlm kul 5 petang aku balik kerumah ..rehat....


Share/Bookmark