CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, March 29, 2009

Laksam



Bahan Laksam

200 g tepung beras

550-600 ml air

Minyak untuk melengser

Bahan Kuah

600 g ikan kembung, rebus, ambil isi (blend)

2 liter santan

6 ulas bawang merah(blend)

1cm halia(diblend)

2-3 g serbuk ada hitam (blend)

1 keping asam gelugur

Garam dan gula secukupnya

Kerabu

kacang panjang, timun batang, daun kesum, kubis, taugeh ( dihiris kecil-kecil)

Sambal

cili merah + 3 biji cili kering + garam (diblend)

Cara membuatnya:


1Jerang semua bahan kuah hingga mendidih.

2.Perlahankan api dan renehkan hingga agak pekat.

3. Angkat dan ketepikan.

Untuk laksam

kacau tepung beras dengan garam dan air hingga menjadi adunan yang sebati.
Lengser loyang bulat dengan minyak. Tuangkan sedikit adunan agar membentuk satu lapisan nipis. Kukus selama 3-4 minit atau hingga masak.
Sapukan sedikit minyak pada permukaannya dan gulung ketika masih panas. Hiris setebal 1 cm bila hendak memakannya dengan ulam-ulaman dan kuah.


Share/Bookmark

Ayam Goreng Berempah, Sambal Mangga & Sambal Bilis

Resepi : Sambal Kerang
Bahan - Bahan
1. 20 biji cili kering
2. 5 ulas bawang merah
3. 2 ulas bawang putih
4. sedikit halia
5. 1 keping asam keping
6. 1 batang serai
7. garam + gula
8. sedikit minyak
9. setengah kilo kerang


cara-cara menbuatnya
1. blend cili kering + bawang merah , putih , halia.
2. tumiskan bahan2 yanag diblend tadi
3. masukkan asam keping dan serai
4. masukan gula + garam secukupnya
5. masukkan kerang


Resepi : Ayam goreng berempah

Bahan-Bahan

1.Satu ekor ayam

2. 3 biji bawang merah

3. 2 ulas bawang putih

4. 3 inci halia

5. 1 inci lengkuas

6. 2 batang serai

7. 3 sudu serbuk kari

8. 2 sudu serbuk kunyit

9. 3 biji cili kering

10.1 biji telur

11. Garam secukupnya

12. minyak untuk mengoreng

Cara-cara membuatnya

1campur semua bahan di atas diblend letak air sikit jer.2. perap dengan ayam sekurang-kurangnya selama 2 jam 3. goreng ayam

Resepi : Sambal Mangga

Bahan - Bahan

1. 2 biji mangga muda

2. 2 ekor ikan kering yang di bakar / goreng (kalau x de ikan kukus or bakar pun leh gak )

3. 10 biji cili (kalua nak pedas tambah lagi )

4. garam dan gula secukupnya

cara-cara membuatnya

1 tumbuk kesemua bahan - bahan tadi


Share/Bookmark

Friday, March 27, 2009

Asam Pedas Ikan Pari


Share/Bookmark

Wednesday, March 25, 2009

Nasi Goreng Pattaya (Telur Bungkus)



semlm aku x tahu nak masak apa...dlm periuk ada nasi..maybe adik aku yang masak b4 dia nak pergi keje petang tu ..so aku tgk ada ayam n sayur.aku terpikir masakan yang paling mudah ialah nasi goreng..lepas goreng nasi cam x menarik jer nasi goreng aku today so aku kepuk2 telur panggil suami aku tlg buat pataya..so mlm tu makan nasi goreng pataya lah..yumymy..resepi untuk nasi goreng pataya ni ..kejap yer ..goreng jer nasi lepas tu ambik telur dlm 2 biji letak garam sikit kepuk2 pastu tebar dlm kuali ..letak nasi kat tengah ..lepas tu balut..ambik pinggan, telangkupkan kat telur tadi..terus angkat..hhaha dah siap nasi goreng pataya...kalau u all x paham sila email saya lah..hehheh..


Share/Bookmark

Bihun Sup Berempah



Bahan-bahan
1 bungkus bihun / mee/ koow teow
Sup .
1. 2 paket kecil Perencah sup
2. 1 paket kecil Perencah kurma
3. 5 biji buah pala
4. 2 ketul kulit kayu manis
5. Ayam setengah ekor di potong kecil2
6. batang saderi .
7. garam secukup rasa
8. 2 biji Bawang merah besar.
9. 2 biji Bawang putih
10. sedikit halia
Untuk hiasan .
Bawang goreng
Daun bawang
Daun sup
Sambal cili .
Tumbuk cili hijau letak garam sikit .jgn letak air.
Cara- cara membuatnya.
1. rendam bihun dengan air panas
2. rebung ayam telah d potong tadi bersama dengan bawang putih dan halia yang diketuk.masukkan buah pala dan kulit kayu manis.
3. Rempah sup n kurma dicampur dan di gaul dengan air .(supaya tak berketul bile masuk dlm kuah nanti ) lepas tu masukkan kedlm ayam tadi.
4. masukkan garam secukup rasa
5. goreng bawang merah garing sangat kalau macam dah layu angkat dan masukkan kedlm kuah.
6. bile dah masak masukkan batang saderi yang dipotong nipis.
7. hidangkan .


Share/Bookmark

Sunday, March 22, 2009

Rasberry Cheesecake


hari ni lia nak berkongsi cheesecake yang lia buat weekend lepas.actually ni baru first time buat ..memang x menjadi tapi boleh lah makan.hehhe.resepi ni lia belajar dengan chef nermala dekat bagus bakeri .

Bahan- Bahan

500gm cream cheese
100gm White Choclate
1 cawan Gula castor
1 cawan whipping cream
50l susu
250g rasbery
2 sudu besar galetin
2 sudu besar air

Cara-cara menbuatnya
1. Cream cheese putar dgn gula castor sampai pekat
2. cairkan susu dengan white choclate
3. gelatin bersama dengan 2 sudu besar air dan mengikut kaedah double boil
4. masukakn whipping cream , susu , white choclate, galetin dan putar .
5. Akhir sekali letak rasbery or strabery or blueberry


Share/Bookmark

Thursday, March 19, 2009

Brownies




Bahan A – Cairkan
150g butter
220g coklat masakan
Bahan B
250g brown sugar
2 biji telur
100g susu cair
Bahan C
200g tepung naik sendiri
50g coco powder
150g almond/ walnut
Cara- Cara
Ayak Bahan C ( jika letak almond . walnut gaul sekali dlm tepung yang sudah diayak tadi).
Cairkan Bahan A menggunakan kaedah double boiler.
Bahan B di gaul dalam mangkuk .
campur kan kesemua bahan tadi menggunakan hand whisk .
Bakar sehingga masak


Share/Bookmark