CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, August 25, 2009

Selamat Berpuasa

Sudah lama x update blog ni..nak kata bz x jugak..baru balik dari mc 3 minggu sebab keguguran anak ke3..kandungan masa tu baru jer 3 bulan.pergi scan doktor kata x der janin dalam karung terkejut lah aku..doktor kata baby dalam tu x membesar ..sedih gak lah bile doktor bagitau perkara tu..tapi kena redha jerlah ..ketentuan dariNYA.selepas balik dari cuti ni rasa cam malas sgt nak kerja almkalumlah dah 3 minggu mc..alhamdullilah sekarang dah betul2 sihat dah boleh jalani ibadat puasa. BUlan puasa ni tengah sibuk ambik tempahan biskut ..antara biskut yanag aku buat ialah almond london, sante finger, bluebery tart n tart nenas ..baru nak mulakan perniagaan.sebelum ni x pernah cuba buat kuih dalam bulan puasa.alhamdullilah sambutan menggalakan jugak..org baru nak merangkak buat busines. ...cari duit lebih untuk hari raya nanti..nanti akan aku letak gambar2 biskut2 yang aku hasilkan.kepada sesiapa yang berminat nak menerai test biskut aku jgn lupa contact aku..hehheheh


Share/Bookmark

Thursday, July 2, 2009

Kelas kek





Gambar ni diamabil masa lia pergi belajar kek ngan maklang azie.kek yang diajar olehnya ialah moist coklat kek..so resepi dia kat bawah ..layan jer...

MOIST CHOC. CAKE

BHN A -

diayak2 cwn tepung gandum

1 cwn serbuk koko1st bpowder

1st soda bicarbonate4

biji telur

2 cwn gula halus

1 cwn susu pekat1 cwn

minyak1½ cwn air panas mendidih

Cara

Pukul gula + telur = kembang (high speed)

Masukkan susu pekat

Masukkan minyak

low speedMasukkan bhn A sedikit demi sedikit

Masukkan air panas dlm adunan tadi (part ni tak perlu pukul just ratakan ngan senduk kayu)Bakar 40-45’


Share/Bookmark

Makan-makan hujung minggu -Masakan Ala Kampung

Hidangan ni lia buat masa makan2 last week kat umah ...jemput kawan2 terdekat ..antara menu pada hari tu ialah kerabu perut, masak lemak cili padi siput, sup tulang , sambal belacan, ikan selayang goreng , ulam-ulaman...


Resepi : Masak Lemak cili padi siput

Bahan2.
1. 1 kg siput sedut (telah dibuang kat bahagian belakan )
2. 6 ulas bawang merah - diblend
3. 3 ulas bawang putih - diblend
4. seinci kunyit hidup - di blend
5. 2 batang serai di ketuk
6. i biji kelapa. dia mabil santannya
7. Satu helai daun kunyit / pucuk kaduk
8. 2 keping asam
8. garam dan gula secukup rasa

cara membuatnya :

1. masukkan bahan2 yang diblend tadi kedalam santan .tunggu sampai santan mendidih masukkan siput + asam keping + serai yang telah diketuk.
2. masukkan garam dan gula secukip rasa, then masukkan daun tadi yang letah di mayang halus.

Bahan -bahan

A:-

Blend 300gm daun pandan

140ml air

B:-420ml air

100gm gula

10gm serbuk agar2

C:-170ml

Cara-cara membuatnya :

Campurkan A n B dlm periuk n masak, didihkan. tutup api, masukkan C n kacau sebati. masukkan kedalam acuan atau mangkuk2 kecil.

Resepi : Kerabu perut

Bahan :

1. setengah kilo perut lembu

2. 2 biji tomato di potong dadu

3. kacang panjang ikut suka nak letak banayk mana yer

4. 2 biji limau nipis dia mabil airnya

5. Satu batang serai dihiris

6. sedikit daun kesum diptong halus.

7. cili merah

8. garam scukup rasa

Cara-cara membuatnya :

1. rebus perut lembu sampai empuk then hiris.

2. masukkan kat dlm mangkuk besar .

3. masukkan kesemua barang yang dipotong kedlm mankuk berisi perut .

4. perah limau nipis + garamse cukup rasa.

5. siap untuk dihidangkan ..







Share/Bookmark

Sunday, May 31, 2009

Nasi Ayam


Share/Bookmark

Thursday, May 21, 2009

Cucur ikan bilis

Resepi :
1. 3 cawan tepung gandum
2. 1 cawan ikan bilis
3. taugeh
4. kangkung
5. daun bawang
6. cili merah
7. soda
8. bawang besar
9. sedikit air
10. sedikit garam

cara-cara membuatnya :
masukkan kesemua bahan2 diatas tadi then gaul macam nak buat cekodok tu ..biarkan selama 1/2 jam baru lah goreng yer..selamat mencuba

Bahan-bahan untuk kuah :
10 biji bawang putih
10 tangkai cili kering
sos tomato
sos cili
cuka
garam gula

cara-cara membuatnya :
kesemua bahan tadi di blend dan di masukkan kedlm air ..tunggu sampai mendidih masukkan tepung jagung sedikit untuk memekatkan kuah..


Share/Bookmark

Ayam goreng bermadu berempah



Resepi :

1. 1 ekor ayam

2. 10 ulas bawang merah * diblend

3. 5 ulas bawang putih *diblend

4. 3 inci halia *diblend

5. 2 batang serai * diblend

6. 1sdb jintan manis * diblend

7. 1sdb jintan putih * diblend

8. kunyit hidup *diblend

9. sedikit cili boh * diblend

10. madu
11. garam
Cara-cara membuatnya
1. perap ayam dengan semua bahan tadi at least 2 jam
2. panas kan kuali goreng ayam ..
2.



Share/Bookmark

Bubur Jagung

Resepi :
1. Jagung
2. Sagu
3. santan
4. gula merah
5. gula
6. Daun pandan

Cara-cara mmebuatnya
jagung direbus apabila sudap empuk buang air then masukkan santan sagu, then masukkan gula merah , gula dan daun pandan .


Share/Bookmark